Bli medlem
Bli medlem

Du är här

2020-08-13

Crocus Technology Memperkenalkan Penderia Arus TMR Tanpa Sentuhan, Tanpa Teras, Sifar Kehilangan, bersaiz Kecil yang Pertama Dalam Industri

Penderia arus tanpa sentuhan CT220 berasaskan TMR XtremeSense™ membolehkan ukuran pengasingan tinggi, resolusi tinggi dan ketepatan tinggi untuk aplikasi pemantauan kuasa tanpa memerlukan penumpu atau pelindung magnetik

SANTA CLARA, Calif., Aug. 14, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Crocus Technology Inc., pembekal utama penderia Magneto-Rintangan Terowong (TMR) XtremeSense™ yang distruptif, hari ini mengumumkan CT220, iaitu penderia arus tanpa sentuhan dengan kelinearan tinggi, resolusi tinggi, julat dinamik yang luas dalam faktor bentuk kecil yang disasarkan untuk pelbagai aplikasi penderiaan arus. CT220 ialah ahli paling baharu dalam rangkaian produk penderiaan arus Crocus di samping CT110 dan CT100.

CT220 dikuasakan dengan teknologi 1D TMR XtremeSense berpaten milik Crocus yang membolehkannya untuk mengesan walau perubahan paling kecil dalam arus AC atau DC sementara masih mengekalkan ralat output tipikal sebanyak 0.5% yang terbaik dalam kelasnya. CT220 mampu mengesan arus serendah 5 mA sehingga yang melebihi seribu Ampere dalam lingkungan julat medan bermagnet 1.5 mT hingga 15 mT yang sedang beroperasi. CT220 menggunakan lebih kurang 1.2 mA dan memiliki frekuensi pensampelan sebanyak 200 kHz. CT220 juga memiliki output analog nisbah metrik yang mampu menyokong julat voltan bekalan sebanyak 2.7 V hingga 5.5 V.

“CT220 memanfaatkan teknologi TMR XtremeSense yang canggih milik Crocus untuk menyampaikan penyelesaian penderiaan arus tanpa sentuhan yang inovatif dengan kesensitifan yang amat tinggi. Hal ini membolehkan pelanggan mengesan julat arus yang luas dengan selamat dan tanpa mengorbankan resolusi pada arus rendah. CT220 ialah peranti sifar kehilangan yang membolehkan pemantauan arus pada kuasa sangat rendah untuk aplikasi yang dikuasakan bateri seperti dron dan peranti IoT. CT220 memberikan kefleksibelan mutlak kepada pereka bentuk sistem untuk meletakkan penderia saiz kecil ini di setiap tempat yang memerlukan pemantauan kuasa,” kata Zack Deiri, Presiden dan CEO Crocus Technology.   “CT220 tanpa sentuhan dan tanpa teras ini membolehkan berbilang aplikasi termasuk penyongsang solar dan kuasa, bekalan kuasa, sistem pengurusan bateri, barangan putih, alat industri dan unit pengagihan kuasa (PDU). Penderia ini penggantian ideal untuk transformer yang sangat besar, penderia arus berasaskan Hall dengan kesensitifan rendah dan resolusi rendah serta aplikasi berasaskan pirau yang memerlukan kestabilan pengasingan dan suhu.”

CT220 tersedia dalam pakej SOT23 dengan 5 delawai. Sampel dan papan penilaian kini tersedia dan akan memasuki pengeluaran pada bulan September 2020.

Perihal Crocus Technology

Crocus Technology membangunkan dan mengeluarkan penderia magnetik canggih berdasarkan teknologi penderia TMR XtremeSense yang dipatenkan. Teknologi penderia magnetik yang disruptif Crocus membawa kemajuan yang ketara kepada IoT dan peranti pintar, aplikasi industri, pengguna, perubatan dan elektronik automotif yang memerlukan ketepatan tinggi, resolusi tinggi, prestasi suhu yang stabil dan penggunaan kuasa yang rendah. Crocus beribu pejabat di Santa Clara, California. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.crocus-technology.com.

© 2020 Crocus Technology International Corp.  Hak cipta terpelihara.  Crocus Technology, MLU, dan gabungan daripadanya ialah tanda dagangan Crocus Technology Inc. dan Crocus Technology SA. Nama lain adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan mungkin ialah tanda dagangan pemilik masing-masing

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:  

Wayne Seto
Crocus Technology
Tel: +1-408-380-8316
E-mel: wseto@crocus-technology.com

Författare Crocus Technology

Tala om vad ni tycker

Tala om vad ni tycker

Ni är just nu inne på en betaversion av nya aktiespararna. Lämna gärna feedback på vad ni tycker i formuläret nedan.